Adakah bayi anda ada mengalami masalah yang dipanggil ruam susu? Jika ya, ikuti 5 tips ini untuk merawat atau menghilangkan ruam susu pada bayi.
Apa itu ruam susu?
Ruam susu terjadi akibat kulit sensitif bayi yang terkena protein dalam susu (biasanya susu formula). Tapi boleh jadi juga pada bayi yang hanya minum susu ibu. (Dr Hana, 2015)
Apabila ruam susu terjadi kepada bayi yang fully breastfeeding, ada kemungkinan bayi tersebut ada alahan terhadap protein daripada makanan yang diambil oleh si ibu, so ibu harus hati-hati memilih jenis makanan.
Cara Atasi Ruam Susu
1. Tunggu sahaja
Sebenarnya ruam susu akan hilang dengan sendirinya selepas seminggu atau lebih. Tapi disebab kebanyakan kes ruam susu berlaku pada bahagian muka dan leher bayi, kita as parent rasa kesian dan nak ruam susu tu hilang dengan cepat.
2. Pastikan bayi sentiasa kering dan bersih
Untuk mengatasi ruam susu di pipi atau leher bayi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan kawasan tersebut. Selepas menyusukan bayi, gunakan tuala yang lembut dan bersih untuk mengelap kawasan yang terjejas.
3. Elak bahan yang boleh menyebabkan iritasi
Beberapa produk seperti sabun berparfum atau tisu basah yang mengandungi alkohol boleh menyebabkan iritasi pada kulit bayi dan membuatkan ruam susu bertambah teruk. Gunakan produk yang lembut dan bebas pewangi untuk mencuci pakaian bayi dan membersihkan kawasan yang terjejas.
4. Virgin coconut oil (VCO)
Vigin coconut oil atau juga dikenali sebagai minyak kelapa dara adalah salah satu alternatif bagi merawat masalah ruam susu bayi. Ianya natural, selamat dan juga sangat berkesan. Apply sekerap mungkin pada bahagian yang bermasalah.
5. Krim pelindung
Anda boleh menggunakan krim bayi yang mengandungi zinc oxide atau petroleum jelly. Antara yang popular adalah seperti sudocream, allano dan bepanthen. Sapukan sedikit krim ini pada kawasan yang terjejas.
Kesimpulan
Sebelum anda membuat apa-apa keputusan bagi merawat ruam susu pada bayi, sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.
Saya harap tips ini dapat membantu anda mengatasi masalah ruam susu bayi anda. Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau terdapat pertanyaan lain, sila jangan ragu untuk bertanya. Saya akan menjawab di ruang komen.
Selamat mencuba!
Catat Ulasan