Artikel Cara Nak Ubah Derita kepada Bahagia ini merupakan hasil perkongsan Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah iaitu seorang pakar motivasi yang tak asing lagi di Malaysia. Check this out!




1. Tukar rutin harian


Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.


2. Minimalis


Asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tidak diperlukan dan dermakan pada yang memerlukan. Amalkan gaya hidup minimalist.


3. Jaga kesihatan


Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.


4. Cari push factor


Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi. Walau apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.


5. Jaga kesihatan mental


Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikir. Elakkan overthingking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.


6. Jaga solat


Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.


7. Hubungan kekeluargaan


Jaga silatrurahim kamu dengan keluarga. Sentiasa mohon maaf dengan mak ayah dan adik beradik. Sentiasa juga tanya khabar saudara mara baik jauh ataupun dekat.


8. Positif vibes


Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorongan kamu ke arah kebaikan.


9. Pastikan rumah nyaman


Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.


10. Healthy culture di office


Pastikan tempat kerja kamu adalah tempat kerja yang dapat membina kerjaya kamu. Bukannya sesuatu pekerjaan yang mengekalkan kamu di satu tahap sahaja. Hidup harus ada kemajuan, begitu juga dengan kerjaya dan tingkat pendapatan kamu.


11. Ubah perspektif


Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang unutk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.


12. Belajar benda baru


Buat kerja sampingan ikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skil kami supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka. Ia akan buat kamu rasa bahagia dari merana rasa terpaksa.


13. Bermasyarakat


Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal, dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan 'sedekah' supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.


14. Kenali alam


Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai, dan panjat bukit atau gunung. Hutan dan alam ada ion yang dapat menuetralkan ion negatif dalam badan kamu.


15. Maafkan orang


Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Maafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.


Kesimpulan


Kita hidup bukan sekali di atas dunia, tetapi kita hidup setiap hari. Maka tiap hari adalah peluang baru untuk bahagia. Jika kita tak boleh berbahagia di dunia macam mana kita nak 'taman bahagia' yang Allah telah siapkan untuk kita di akhirat sana?


Tok abah selalu doakan kamu ya.

Post a Comment

Terbaru Lebih lama