Adakah anda selalu mengalami masalah acid reflux yang menyebabkan rasa pedih ulu hati?
Jangan risau, masalah ini agak biasa berlaku dan ada solusinya. Jom saya kongsikan 7 tips atasi masalah GERD agar ianya tak berulang lagi insya-Allah.
Sebelum tu, jom kita kenali apa itu GERD, apa punca ia boleh berlaku dan apa simtom-simtom yang seseorang itu hadapi.
Sumber: thesurgerygroup |
GERD Tu Apa?
GERD ni situasi bila asid dari perut naik balik ke kerongkong. Orang biasa panggil acid reflux. Kalau dalam bahasa inggeris kita panggil Gastroesophageal Reflux Disease.
GERD boleh menyebabkan pedih ulu hati, rasa macam terbakar je pada dada (heartburn), dan rasa tak selesa di bahagian atas perut.
Simptom GERD
- Heartburn/rasa pedih di ulu hati-selalunya berlaku selepas makan
- Sakit dada
- Rasa macam ada makanan naik
- Rasa susah nak telan
Sebab berlakunya GERD
- Obesiti
- Hiatus hernia
- Mengandung
- Menghidap masalah “connective tissue disease”
- Merokok
- Makan terlampau banyak pada waktu malam
- Mengambil ubat-ubatan yang menyebabkan GERD seperti aspirin
Makanan Yang Boleh Menyebabkan GERD
Sumber: kliniksabah |
7 Tips Atasi Masalah GERD
- Elakkan makan hidangan besar. Lebih baik makan dalam portion yang lebih kecil, tapi lebih kerap. Ini dapat bantu kurangkan tekanan pada perut.
- Makanan pedas dan berlemak boleh menyebabkan masalah GERD. Cuba elakkan atau hadkan pengambilan makanan seperti ni.
- Pastikan anda tak makan sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum tidur. Ni boleh bantu hadkan kemungkinan asid naik semasa kita berbaring.
- Cuba makan makanan yang tinggi serat (fibre) seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan bijirin. Ini boleh membantu mengawal masalah GERD.
- Kalau boleh, elakkan minum terlalu banyak selepas makan. Minuman berlebihan boleh memengaruhi pencernaan makanan dalam perut.
- Ketika nak tidur, tinggikan sedikit bantal anda supaya kedudukan kepala lebih tinggi daripada perut untuk menghalang gas asid naik.
Jika anda overweight atau obese, cuba ikhtiar turunkan berat badan.
Amalkan makanan seimbang
Jauhi air bergas dan makanan pedas
Berhenti merokok
Supplement untuk GERD
- Nutrilite Cal Mag D Plus: Suplemen ini mengandungi kalsium, magnesium, dan vitamin D. Kalsium membantu menguatkan lapisan esofagus, magnesium membantu merehatkan otot-otot dalam saluran penghadaman, dan vitamin D membantu menyerap kalsium.
- Nutrilite Botanical Beverage Mix Chicory Root Extract with Probiotics: Ia mengandungi ekstrak akar chicory, yang merupakan ubat semulajadi untuk pedih ulu hati dan senak. Ia juga mengandungi probiotik, yang merupakan bakteria hidup yang baik untuk kesihatan usus. Kesihatan usus yang sihat boleh membantu mengurangkan keradangan dan meningkatkan penghadaman, kedua-duanya boleh membantu melegakan gejala GERD.
- Nutrilite Soy Protein Drink: Suplemen ini mengandungi protein soya, yang merupakan sumber protein yang baik yang mudah dihadam. Protein boleh membantu mengurangkan pengeluaran asid dalam perut.
Helping People Live Better Lives
Jika ianya bermanfaat jangan lupa kongsi pengalaman ini untuk bantu kawan-kawan yang ada masalah GERD.
Apa pendapat anda tentang posting ni? Cuba komen jika ada sebarang persoalan atau penambahbaikan pengetahuan untuk kebaikan kita bersama.
Catat Ulasan