Selesema (influenza) adalah jangkitan virus yang menular pada saluran pernafasan (hidung, tekak, dan paru-paru). Selesema boleh membuat seseorang berasa sangat tidak selesa.
Bagaimana Selesema Dirawat?
Selesema biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan dan doktor tidak akan prescribe antibiotik untuk selesema. Ini kerana antibiotik hanya berfungsi melawan bakteria, bukan virus.
Bagaimana Saya Boleh Membantu Anak Saya?
Jika anak anda diserang selesema:
- Banyakkan minum air. Demam dan hilang selera makan adalah perkara biasa apabila anak kena selesema, dan boleh menyebabkan dehidrasi.
- Galakkan anak anda berehat di atas katil atau di sofa dengan berbekalkan majalah, buku, muzik yang tenang, atau filem kegemaran.
- Pakaikan anak anda selimut.
- Beri acetaminophen atau ibuprofen untuk demam dan sakit. (Jangan berikan aspirin melainkan jika doktor yang suggest.
- Anda boleh beri ubat batuk atau selsema tanpa preskripsi (OTC) kepada kanak-kanak berumur lebih dari 6 tahun jika doktor anda mengatakan ia OK. Jangan berikan ubat ini kepada kanak-kanak di bawah umur 6 tahun kerana ia boleh menyebabkan bad reactions.
- On kan cool-mist humidifier. Ia dapat membantu melegakan batuk dan hidung berair atau tersumbat. Bersihkannya selepas setiap penggunaan atau sekurang-kurangnya sekali sehari.
- Madu boleh membantu melegakan batuk yang degil pada kanak-kanak berumur lebih dari 12 bulan. Beri 1-2 sudu teh madu pada waktu malam. Jangan berikan madu kepada kanak-kanak di bawah umur 12 bulan.
Jika hidung tersumbat:
Untuk bayi: Letakkan beberapa titis saline water ke dalam hidung, kemudian sedut lendir keluar perlahan-lahan dengan bulb syringe. Lakukan ini tidak lebih daripada 2–3 kali sehari supaya bahagian dalam hidung bayi anda tidak bengkak atau sakit.
Untuk kanak-kanak yang lebih besar: Berikan 2 semburan saline 3 kali sehari.
Jaga diri anda dan orang lain dalam keluarga. Basuh tangan dengan baik dan kerap, terutamanya selepas menggunakan tisu. Kanak-kanak yang sakit harus tinggal di rumah dari sekolah dan penjagaan anak sehingga mereka rasa lebih baik dan tidak demam sekurang-kurangnya 24 jam tanpa ubat.
Sumber: Selesema dikalangan kanak-kanak
Catat Ulasan