Garam ni dah lama dikenali sebagai musuh kesihatan jantung kita. Pengambilan makanan rendah sodium dan diet antara saranan utama pakar-pakar perubatan bagi mengelakkan masalah kesihatan berkaitan jantung.
Menahan diri dengan garam
Kajian terkini mencadangkan bahawa satu simple trick yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung adalah dengan menahan diri daripada menambah garam dalam makanan.Terlalu banyak kajian tentang hubungkait diantara kadar pengambilan garam dan kesihatan jantung dan ia menunjukkan hubungan yang signifikan yang tidak dapat dinafikan oleh ahli penyelidik.
"Secara keseluruhan, kami mendapati bahawa orang yang kurang meletak garam tambahan dalam makanan mereka mempunyai risiko penyakit jantung yang jauh lebih rendah, tanpa mengira faktor gaya hidup dan penyakit yang sedia ada," Lu Qi, MD, Ph. D., Profesor di Pusat Pengajian Kesihatan Awam dan Perubatan Tropika di Universiti Tulane.
Anda juga boleh cuba mengamalkan diet DASH (dietary approaches to stop hypertension) ke dalam pelan pemakanan anda, dan ia berpotensi mengurangkan risiko CVD dengan lebih berkesan.
Namun kajian ini mencadangkan untuk anda bermula dengan hanya membuang tabiat menambah garam pada makanan yang disediakan.
Apa pendapat anda?
Sumber: Tips elak masalah jantung
Catat Ulasan